Saturday, 17 January 2015

SENARAI SKUAD TERENGGANU BAGI 2015

PENJAGA GOL
Mohd Hafidz Romly
Mohd Sharbinee Allawee
Mohamad Shamirza Yusof
PERTAHANAN
Khairul Rosmadi
Mohamad Muhaimin Omar
Abdullah Suleiman
Vincent Bikana
Mohd Radhi Mohd Yusof
Hasmizan Kamaroddin
Mohd Zubir Azmi
Ahmad Azlan Zainal
Mohd Helmi Remeli
TENGAH
Zairo Anuar Zailani
Gustavo Fabian Lopez
Hafizal Mohamad
Mohd Fakhrurazi Musa
Nasril Izzat Jalil
Khairul Ramadhan Zauwawi
Ahmad Nordin Alias
Ismail Faruqi Ashaari
PENYERANG
Hassan Monni Chaito
Paulo Rangel
Abdul Manaf Mamat
Muhamad Ashaari Shamsuddin

  • Ketua Jurulatih :Haji Abdul Rahman Ibrahim


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/senarai-terkini-pemain-terengganu-2015-skuad-penyu.html#ixzz3P5FawZWC

FAKTA MENARIK TENTANG MATEMATIK !

Tahukah anda bahawa manusia yang kreatif adalah manusia yang mudah menguasai Matematik. Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan minda manusia. Orang yang pintar selalunya merupakan orang yang menyukai Matematik dan akal yang dicipta oleh ALLAH untuk manusia amat senonim dengan Matematik.
Oleh itu, sama ada kita sedari ataupun tidak, Matematik adalah mengenai keindahan, keajaiban dan keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan fakta serta rahsia alam. Jadi, Matematik diharapkan dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu menganggap ia adalah satu keajaiban.Contohnya seperti 123456789 X 9 + 10 = 1111111111 atau 111111111 X 111111111 = 12345678987654321. Menarik bukan?
Mengapa sebahagian pelajar kita begitu FOBIA dengan Subjek Matematik? Ini fakta yang perlu anda tahu:-
  1. Tahukah anda bahawa 90% pelajar yang lemah di dalam subjek Matematik adalah disebabkan oleh penguasaan asas Matematik yang lemah dan dari itu maka lahirlah satu sikap fobia, takut dan tidak berminat terhadap subjek tersebut.
  2. Asas penguasaan Matematik adalah bermula dari perkara-perkara asas yang diajar di tahap Sekolah Rendah seperti X , +, ÷ , - . Perkara yang sering menjadi masalah kepada pelajar kita ialah masalah dalam mendarab dan mereka akan menjadi lebih fobia apabila berdepan dengan angka yang besar.
  3. Disebabkan TIDAK SERONOK belajar Matematik perkara-perkara yang mudah pun bagi mereka adalah sukar. Seterusnya, melenyapkan minat terhadap subjek tersebut dan mereka melabelkan Matematik adalah sukar dan membosankan.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai pendidik, saya merasakan perlu untuk menanam minat awal terhadap Matematik. Matematik itu adalah sesuatu yang biasa tetapi ia menjadi luar biasa dan menyeronokkan jika kita menggunakan pelbagai kaedah dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan Matematik.

SUMBER:http://mathgayapos.blogspot.com/2009/12/fakta-matematik-yang-perlu-anda-tahu.html

FAKTA MENARIK DI DUNIA YANG ANDA BELUM MENGETAHUINYA!

Harini saya nak senaraikan fakta-fakta menarik didunia ini mungkin anda belum mengetahuinya :)
Disini terdapat beberapa fakta yang saya tahu dan ingin mengkongsikannya bersama anda

  1. Labu paling berat di dunia. Labu yang mempunyai berat 1,810.5 paun ini di tanam di Wisconsin oleh Chris Stevens.
  2. Hidung paling panjang yang pernah diukur dan dicatatkan adalah milik Mehmet Ozyurek dari Turki yang berukuran 8.8 cm yang diukur dari dahi aras kening hingga hujung bawah hidung.

     3.  Rekod memasukkan “straw” sebanyak 400 batang dan berjaya menahannya selama 10 saat telah dipegang     oleh Simon Elmore dari Jerman
      4. Titik diatas huruf i disebut 'title'

      5. Coklat dapat membunuh anjing , kerana coklat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

      6. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

      7. 13% orang di dunia adalah berkidal.

      8. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa . Lukisan itu ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunyai susunan tulang yang hampir sama.
    
      9. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

        10. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

      11. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

      12. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta   keturunan.

      13. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih   cepat.

      14. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata 

      15. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

      16. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan 

      17. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari 

      18. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam 

      19. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

      20. Daya ingatan ikan hanya 3 saat  


Sekian 20 fakta menarik yang mungkin anda belum ketahui :)
Terima Kasih kerana menterjah di blog ini .


Friday, 16 January 2015

PENGALAMAN MEMBELI DI ZALORA!

Hai

Pengalaman pertama saya membeli di zalora teramatlah puas hati huhu . Kalau puas hati mesti ade sebab kan . Sebenarnya banyak sebablah kalau anda semua memilih zalora untuk tempat membeli belah ni . Anda akan menjimatkan masa dan tenaga kerana hanya perlu membelinya secara 'online' . Dan yang paling penting mestilah semua orang cakap pasal harga . 

Di Zalora saya boleh bagi 5 Bintang kerana harga yang berpatutan . Dah lah berpatutan banyak pulak potongan harga barang yang mereka berikan. Kadang2 hampir mencecah 80% tuuu. Rugilah kalau anda tidak membeli di zalora ni kiranya . Bagi orang yang susah nak masukkan duit melalui bank tak mengapa. Anda mempunyai masalah sama seperti saya . 

Di Zalora menawarkan khidmat free shipping melalui cash on delivery . Tak tahu ape itu cash on delivery atau lebih dikenali sebagai C.O.D? Cash on delivery kiranya kita beli dan tak susah payah pergi bank in duit kat bank . Kita hanya perlu membayarnye semasa barang yang diorder itu sampai. Mudah bukan? Tak perlu habis minyak untuk pergi bank in hehe.

Cakap pasal kualiti pulak? Perghhh memang lah terbaik dan sama dengan ape yang dipaparkan oleh pihak zalora di blog online shopnya . Kualiti yang terbaik hanya lah di Zalora. Semua barang zalora juga mengikut pattern semasa . Jadi dengan berbeli di Zalora anda akan dapat mengikuti pakaian modem . Tak de lah orang kata anda ni pakai baju zaman2 dulu hehe.

Penghantaran zalora hanya mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari . Kadang2 order harini esok dah dapat. Ianya bergantung atas kawasan lah hehe

Sekian post dari saya yang merupakan first post di blog ini :)