Friday, 16 January 2015

PENGALAMAN MEMBELI DI ZALORA!

Hai

Pengalaman pertama saya membeli di zalora teramatlah puas hati huhu . Kalau puas hati mesti ade sebab kan . Sebenarnya banyak sebablah kalau anda semua memilih zalora untuk tempat membeli belah ni . Anda akan menjimatkan masa dan tenaga kerana hanya perlu membelinya secara 'online' . Dan yang paling penting mestilah semua orang cakap pasal harga . 

Di Zalora saya boleh bagi 5 Bintang kerana harga yang berpatutan . Dah lah berpatutan banyak pulak potongan harga barang yang mereka berikan. Kadang2 hampir mencecah 80% tuuu. Rugilah kalau anda tidak membeli di zalora ni kiranya . Bagi orang yang susah nak masukkan duit melalui bank tak mengapa. Anda mempunyai masalah sama seperti saya . 

Di Zalora menawarkan khidmat free shipping melalui cash on delivery . Tak tahu ape itu cash on delivery atau lebih dikenali sebagai C.O.D? Cash on delivery kiranya kita beli dan tak susah payah pergi bank in duit kat bank . Kita hanya perlu membayarnye semasa barang yang diorder itu sampai. Mudah bukan? Tak perlu habis minyak untuk pergi bank in hehe.

Cakap pasal kualiti pulak? Perghhh memang lah terbaik dan sama dengan ape yang dipaparkan oleh pihak zalora di blog online shopnya . Kualiti yang terbaik hanya lah di Zalora. Semua barang zalora juga mengikut pattern semasa . Jadi dengan berbeli di Zalora anda akan dapat mengikuti pakaian modem . Tak de lah orang kata anda ni pakai baju zaman2 dulu hehe.

Penghantaran zalora hanya mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari . Kadang2 order harini esok dah dapat. Ianya bergantung atas kawasan lah hehe

Sekian post dari saya yang merupakan first post di blog ini :)

No comments:

Post a Comment